Sebelum saya mula bercerita, izinkan saya untuk menulis serba sedikit tentang apa persiapan atau barang yang perlu dibawa bersama semasa melancong. Tak kisah lah melancong ke Turki atau negara lain.
✅RTK Self Test Kit (Dewasa)
✅RTK Self Test Kit (Kanak-Kanak) Sekarang kan dah ada yang jenis kemam tu.
✅Oxymeter - Oxymeter ada yang memang specific untuk kanak-kanak. So kalau bawa anak-anak, make sure bawa juga oximeter untuk check oxygen level anak kecil kita.
✅ Paracetamol
✅ Supp Paracetamol (for babies/toddler)
✅ Ubat batuk & selsema – Ini saya nasihatkan bawa je awal-awal. Nanti tak kalut nak mencari.
++ Insurans Covid19 jangan lupa ambil juga. Saya beli insurans AIG yang cover sekali dengan quarantine. Saya beli melalui website AIG saja. Saya sertakan sekali lah website link AIG.
https://www-424.aig.com.my/buytravel/
———————————-——————
Saya sertakan terus no phone dan website yang saya call & guna sepanjang dijangkiti Covid19 di sini.
📌Email Konsulat : mwistanbul@kln.gov.my
Harga 219TL / 249TL per person
Result 8-12hours.
📌Turkish Ministry of Health (New Covid Cases) : Call 184
📌Health Emergency : 134
📌Insurance AIG Travel 24hours Assistance : +60327725600
———————————-——————
Nota kaki: Kami travel berlima. 4 adults, 1 toddler.
8 Januari 2022
Anak kena high grade fever. Kami di Bursa masa ni. Cepat-cepat buat keputusan balik ke Istanbul sebab kami tertinggal digital thermometer di Airbnb yang kami sewa di Istanbul. Susah nak monitor suhu badan anak kalau stay di Bursa. Saya terus buat RTK Self Test, alhamdulillah negative.
9 Januari 2022
Anak masih demam. Tapi demamnya kebah lepas bagi supp pcm. Tiada selsema/batuk. Jadi kami tak expect Covid19 masa ni.
10 Januari 2022
Anak okay sihat. Dah boleh berlari, ceria macam biasa. Tapi suami dan kawan pula demam berserta batuk dan selsema. Ingatkan demam biasa saja sebab kami banyak spend masa di luar. Cuaca pula amat sejuk.
Lagi 9 hari nak balik Malaysia, kami cepat cepat mohon Home Quarantine.
11 Januari 2022
Sempat melepak di Metropol Istanbul malam tu. Sejuk. Hujan & angin kuat sangat masa ni.
12 Januari 2022
Husband kawan pula demam & batuk tak berhenti. Jadi kami semua buat RTK Self Test. Ternyata suami saya, kawan saya dan suaminya positive. Hanya saya sahaja yang negative. Anak unknown sebab dia tak buat RTK test.
Jadi kami pun contact kawan di Turki, tanya dia apa prosedur semua. Kawan suggest untuk buat pcr through https://hidoctor.health. Sebab kami tahu positif dari self test kit je. Anak dan saya setakat ni takde simptom. Total harga PCR adalah 672TL untuk 3 orang. Sebab saya plan nak claim insurance nanti. Mesti ada bukti PCR positive kalau nak claim AIG untuk quarantine.
Hotline Covid19 Turki (ALO184) : Sudah dicall juga. Mereka cakap tak perlu buat PCR pun. Kami hanya diarahkan untuk kuarantin selama 7 hari lepas tu boleh fly home. Kuarantin hanya di hotel/airbnb yang kita pilih. Turki gov TIDAK tetapkan mana-mana spesifik tempat untuk kita kuarantin. Jadi, boleh lah cari sendiri mana-mana hotel/airbnb yang mana harganya mengikut poket masing-masing.
Konsulat Malaysia : Saya dah call konsulat. Mereka suruh kuarantin 7 hari di rumah/airbnb/hotel. Kalau pcr masih positive selepas 7 hari, kena kuarantin lagi 7 hari. Tapi bagi saya, kalau dah pcr negative tu balik terus je lah kan 😂 Tak sabar dah nak balik ni.
AIG Insurance : Sudah dicall juga. Sebab mereka cover quarantine kan so untuk buat claim wajib sertakan result pcr positive dengan surat dari health authority turkey yang mengatakan kami perlu quarantine. Yang ni susah sikit nak dapat tapi saya dah email Health Authority Turkey, so far no reply from them. All I have now is only screenshot from my HES app je. Kalau tak dapat juga letter dari Health Authority Turkey ni, konsulat cakap suruh AIG call dorg je. Baik sangat konsulat sini♥️ AIG also advise kami untuk call Qatar Airways untuk openkan tiket kami. Sebab kami patutnya fly balik 19/1 ni. AIG tak cover untuk flight. Tapi nasib baik tiket Qatar Airways ni flexible. Jadi kami hanya tukar flight melalui manage booking di website saja. No extra charge kena bayar sebab harga tiket sama.
13 Januari 2022
Kami semua decide nak buat je PCR. Book PCR melalui https://hidoctor.health. Dia mai Airbnb untuk buat test kat kitorg.
14 Januari 2022
Hanya saya sorang result negative. Yang lain semua positive maka dorang pun dah start kuarantin.
15 Januari 2022
Semua kuarantin. Makanan semua order melalui Getir/Yemeksepeti. Dua-dua ni kira macam Foodpanda lah di Turki.
16 Januari 2022
Rasa sakit tekak makin menjadi. Jadi saya terus buat RTK Self Test. Positif juga. Maka, suami pun cepat-cepat beli satu lagi slot PCR melalui hidoctor.health untuk saya. Saya punya kuarantin baru start hari ni. Sebelum hidoctor hantar result PCR saya, status HES saya dah tukar dulu. Laju betul app HES dia update 😂
17 Januari 2022
Kami masih kuarantin di Turki. Tiket flight sudah ditukar ke 27/1. Kami masih belum decide sama ada nak buat RTK ag professional atau PCR sebelum flight nanti. Takut kalau buat PCR pun masih positive. Risauuuuuuuuu.
Saya nak pesan satu je, tolong jujur kalau korang positive. Jangan falsify result PCR. Ingat, yang dalam flight tu anak orang, mak orang, ayah orang, suami orang. Jangan sebab kita yang selfish ni, kita bahayakan nyawa orang lain dalam flight.
Stay safe semua ya. Saya akan update Part 2 nanti.
No comments:
Post a Comment