Kami dah start berdebar-debar. Makin dekat tarikh nak balik Malaysia, makin berdebar.
Kami plan nak buat professional RTK antigen test sahaja. Lagipun kami dah call hotline Qatar Airways dan kami dimaklumkan bahawa kami hanya perlu ikut requirement negara Malaysia sahaja.
Refer kepada gambar di bawah. Kami hanya perlu provide negative RTK antigen test. Lagipun untuk orang yang baru positif Covid-19, berkemungkinan besar untuk dapat result positif untuk pcr tu masih ada. Agaknya sebab tu kerajaan Malaysia bagi kita guna result RTK je.
Kami dah survey area Sultanahmet tapi susah sangat nak jumpa kedai yang boleh provide servis professional RTK. Dan biasanya harga mencecah 300TL untuk RTK test per person. Jadi kami decide untuk book RTK di website hidoctor.health. Senang. Murah pun murah. Hanya 180TL per person. Paling penting, mereka boleh datang hotel kita untuk swab.
Tiba lah hari kami balik 27/1/2021. Masa nak check in baggage, staf Qatar Airways minta result PCR negative dan kami hanya ada result RTK. Tapi takde lah terkejut sangat sebab expected je pun. Kami pun memang gamble je nak balik MY guna result RTK. Because some said, yang nak PCR tu adalah requirement airlines. Jadi kami pun tawakkal je lah bawa result RTK je hehe.
Alhamdulillah, staf Qatar Airways tu banyak membantu. Walaupun saya dan kawan tertinggi suara pada dia. Rasa menyesal pun ada sebab rasa kurang beradab pula.
Nasib baik our husbands are cool and dorang cakap elok-elok, sopan sopan dengan staf tu. Staf tu cakap dia dah email pada gov Malaysia, sebab dia nak confirmation dari kerajaan Malaysia bahawa kerajaan Malaysia accept RTK result. Staf tu ada explain, semua airlines and countries ni ada centralized system where each country kena update their own requirement. Sama ada perlu PCR, atau perlu RTK atau tak perlu apa apa upon arrival. As of that time, memang dalam system tu cakap Malaysia perlukan result PCR negative. Aiyoyo.
Nasib baik kerajaan Malaysia reply email cepat and staf tu terus bagi kami checked in. Fuh fuh. Alhamdulillah. Yay boleh balik!!! Hehehe
Upon arrival at KLIA, sampai je terus kena update form dekat MySejahtera.
Lepas tu, akan jumpa a few staf kkm yang memang jaga tempat ketibaan tu, dia akan tanya kita dah dapat approval home quarantine atau tak, pernah positif Covid19 dalam masa 11 hingga 60 hari ke tak. Then baru dia bagitahu kita perlu ke kaunter mana.
Macam kami, since kami baru je positif Covid19, jadi dia bagitahu kami perlu ke kaunter doktor bertugas. Silap kami sebab kami tak print out awal-awal result kami positif di Turki. Doktor suruh kami ke kaunter seterusnya untuk buat Covid 19 Breathing Test.
Adam jelah yang kena buat RTK. Kami yang adults ni hanya perlu buat breathing test. Alhamdulillah semua negative & okay. Dekat kaunter tu juga dia akan tukarkan status app mysejahtera kami tu dari kuning ke biru. Hehe. Officially tak perlu kuarantin dah di Malaysia. Alhamdulillah.
Lepas tu, apa lagi. Ambil baggage then terus balik rumah lah!
Sekiannnn. Semoga bermanfaat.
